Monday, 14 July 2014

Perkembangan perniagaan

Alhamdulillah..dlm senyap2 blog ni..ori tempe kicap telah melangkah sedikit demi sedikit.

we are now on instagram @ori_tempe_kicap



seperti dlm instagram tu dh jadi vendor di beberapa butik. butik seperti di bawah






Tuesday, 22 April 2014

Jana pendapatan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Lebih kurang tiga bulan dari sekarang bulan Ramadhan bakal menjelma lagi. Mesti ramai yg dh berkira-kira utk berniaga di bazar atau start promosi kuih2 raya.

Untuk sesiapa yang malas utk masak sahur dan mahukan lauk segera lagi tahan lama...jom usha2 lauk tempe ni

Ori tempe kicap!!!

Tempe rangup yang disalut kicap enak!

# Saya sebenarnye x suke tempe..tapi bila mak saya masak ni..ni la lauk tempe yg saya boleh makan.

Why don't u give it a try? blm cube belum tau ;)

Friday, 22 November 2013

Ori Tempe Kicap

Resepi turun temurun famili ingin dikomersialkan. Insyaallah!


Kenapa Tempe??

10 Khasiat Tempe

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.





Thursday, 14 November 2013

Hidup umpama MAGNET

Are u  LIVING your dreams or LEAVING your dreams?

Manakah kita?adakah yg mengejar cita-cita atau hanya meninggalkan cita-cita itu berlalu pergi. Setiap org ade impiannya. Apa yg beza adalah org itu dapat atau tidak impiannya itu!

Terbaca sharing mengenai magnet dlm hidup ini. Ia sama seperti Law of Attraction dimana apa yg kita pikir akan terjadi.

Magnet diri kita ni terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

- Magnet Fikiran.
- Magnet Perasaan.
- Magnet Perkataan. (kata-kata)
- Magnet  Perbuatan


Kena jaga betul-betul magnet kita ni, sebab apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, dan apa yang kita BUAT adalah DOA! Allah kan mengikut sangkaan kita. Kalau kita fikir baik, maka pasti perkara baiklah yang berlaku. Begitulah sebaliknya. Jaga ye!

Ada juga formula MAGNET

M - MATLAMAT. (goal setting) tulis matlamat dengan jelas! Klo bleh letakkan kat cermin solek / dinding bilik, yg mana kita boleh lihat hari2.
     - MENTOR. Bergurulah untuk menuntut ilmu.Mentor akan ajar kita daripada pengalaman mereka supaya kita tidak melakukan kesilapan seperti mereka lalui.

A - ATTRACTION. Apa yang kita attract? Adakah kejayaan atau kegagalan? Kalau dok tarik kegagalan ja mesti ada benda yang tak kena, diri kita yang tak align betul-betul tu.

Kalau kita attarct positive thing, maka positif lah yang selalu menarik kita. Kalau kita attract kekayaan, maka kekayaanlah yang akan pada kita. Sebenarnya, pendapatan (income) kita sekarang ni mengikut tahap otak dan mentaliti kita sekarang. Kalau minda kecil, income pun kecillah. Kalau mentaliti kita besar, tak mustahillah income kita besar dan akan jadi lebih besar.
Kita nak attract 5K iaitu = kebahagiaan, kesihatan, keberkatan, kekayaan dan kejayaan.
   - ATTITUDE. Bagaimana sikap kita? Kalau nak jadi orang berjaya, bagaimana sikap kita sekarang? Macam orang berjaya atau tak? Kalau cara jalan pun tak kena, macam mana nak yang lainnya kan? Bila kita dah start ubah ATTITUDE ni, tengoklah, hidup kita akan start berubah.

G - GIGIH. Orang yang berjaya ni akan bersungguh-sungguh dengan apa yang dia buat. 

    - “GOAL GETTER” – orang berjaya bukan penunggu, tapi dia akan terus buat tanpa bertangguh.!

N - NETWORK. Kita perlu ada network yang best. Ada ‘circle of friend’ yang kita bina. Banyakkan kenal dengan orang-orang yang positif. Jangan buang masa lagi, terus remove orang-orang yang negatif. 


E - Elmu. (Emosi dan Ilmu) pentingnya bila kita pandai mengawal emosi. The power of emotion ni lah yang akan membawa kita ke destinasi yang kita nak dengan lebih pantas. Orang yang berjaya ni tak boleh nak touching touching sangat. Kena tegur pun dah tarik muka seposen, orang kritik pun dah naik darah. Kalau ada macam tu, kena align balik emosi ada ni. Bukan emosi yang control kita, tapi kita yang control emosi.

T - Tindakan. Tak berguna sezarah pun ilmu kalau tak ada tindakan. Dengan tindakan lah yang akan membuktikan di mana kita sekarang dan masa akan datang. Fast action, fast result.
   - TAWAKKAL.setelah kita bertindak dan berusaha dengan gigih ni, barulah tawakkal kepada Allah. Berserahlah kepada-NYA. Tanpa izin Allah, sezarah pun takkan jadi walaupun kita dah tergolek berusaha.